Tuesday, 18 August 2015

Kisah Bank Dan Seorang Gadis Cantik. Ehem.

Assalamualaikum everyone. And hi :)

..............................
Ada satu kisah, seorang gadis ke bank bersama ayahnya untuk bayar yuran pengajian. Gadis ni macam dumbstruck jugaklah sebab tak bawak satu apa surat tawaran mahupun invoice yuran. Kiranya takdak references la. Ayah pula kaki bising suara kalah ning baizura betapa tinggi oktafnya. Huh. Dan fortunately, ada gegadis berbangsa chinese datang membantu.

Gegadis berbangsa chinese pun berkata, "this no rujukan you need to refer dekat invois. Itu ha semua orang talak sama. Lain. You ada bawa ka?" Gadis menjawab, "aloh I didn't bring anything. Oh wait. Rasa cam ada screenshot haritu." Terus bukak phone. Selak galeri. Alhamdulillah, ada. Dan gegadis berbangsa chinese tunjuk ajarku sifu kepada gadis itu.

Dan semasa ayah gadis mengisi borang, ada seorang makcik dan anak perempuannya. Let's just name this makcik as K. She's the center of attention in this story. Anak K pun isilah borang. Gadis curi curi tengok. Oh..bakal mahasiswi UPSI rupanya. Bila ayah gadis dah selesai isi, mereka ambil nombor giliran.

K datang mendekat. Dan bertanya dengan oktaf suara lebih maha tingginya daripada ning baizura, "hah? Hang tak bukak SSPN lagi ka?" tatkala si gadis sedang berbual dengan gegadis berbangsa chinese itu. "eh belum makcik. Nanti baru nak bukak."

K : anak makcik bukak dari darjah 6 lagi.
Gadis : oh yaka...takpa la
K : anak makcik ambik ekonomi. Yuran mahai sampai 3ribu. Huihh payah kos dia ni.
Gadis : oh..anak makcik uni mana?
K : UPSI. Makcik tengok hat lain semua murah murah. Hat dia ni sampai 3ribu. Hang ambik apa?
Gadis : err saya sastera tulen. USM.
K : anak makcik ekonomi senang nak keja la. Dia kata nak keja bank. Sastera ni payah cari makan kot?
Gadis : eh? *dumbstruck. again*
K : makcik tengok hat kos sastera ni yuran semua murah murah ja. 1000 lebih 2000 camtu ja.
Gadis : oh aah..saya punya pun setahun RM1020 ja
K : anak makcik ambik ekonomi 4tahun dekat 40ribu
Gadis : oh yaka..saya Alhamdulillah dapat offer biasiswa. Inshaa Allah.
K : anak makcik dapat jugak biasiswa masa dok matrik dulu. Sebulan rm250.
Gadis : erk...itu elaun *dalam hati*. okay la makcik. Saya balik dulu noh. Dah selesai bayar.

.......................

Let me clear things up. Gadis itu ialah saya. Makcik K tu seorang makcik yang saya tak kenal pun.

dan ironi pertama, I didn't asked her at the first place anak dia ambik kos apa. Dan anak dia isi borang yuran tu clearly 8ratus something. How come makcik ni cakap 3ribu? Go and talk to your daughter, makcik.
Ironi kedua, rezeki kerja tu bukan kos mahupun segulung ijazah yang bagi. Itu dari Ilahi. Mohon ambil tahu.
Ironi ketiga, well, I was the "product" from matriculation programme too. So just for the record, rm250 per month is an allowance. Bukan scholarship.

Wow makcik. You have been living in a cave or you are still unaware of the educational system in malaysia? Like seriously, makcik. Ya Allahhhh.


p/s : never look down on people unless you are helping them up.
pp/s : I took up pure science back then in high school and matriculation. Where is the fire kalau I switch masuk pure arts untuk first degree? =..= ayyo

No comments: