Wednesday, 26 August 2015

Hostel

Assalamualaikum.
And hiii semua :*

Dia camni tau, bila too many things to be done dan hang taktau nak buat apa. •_•
Huwaaa. Perasaan tu haish entah la.
Buat checklist sepuluh juta sepanjang lebuh raya pun belum tentu membantu. Sad me is sad. Wuwuwu.

Mak pun asyik la bernyanyi tepi telinga ni. Suruh pack barang. And I was like, emm chill mak. Kali ni dekat ja. Ngehngehngeh.

Tapi tu la. Aku ni bila dah dekat hari nak berangkat tu baru kelam kabut. Pastu itu tertinggal ini terlupa. Dia macam...bila terlalu banyak benda nak dibuat, pastu hang teqoih tak tau apa nak buat.

Serabut ptptn lah. Borang scholar lah. Borang uni borang medical check up borang itu borang ini.

Paling takut sebenarnya bila nak masuk study balik ni bila mengenangkan orientasi. Serius woo takut. Takutkan apa pun entah la. Walaupun dalam buku panduan pelajar tu ada stated, ragging dalam bentuk apa sekali pun adalah dilarang, tetap risau kena ragging. Huhuh. Takut dapat roommate yang tak sekepala tak sporting tak memahami.

Hah part roommate tu paling scary. Harapnya dapat roommate yang sporting ke langit. Memahami tahap petala ke lapan. Sebabnya Idayu ni bila datang certain times ni, dia akan bertukaq jadi manusia yang easily annoyed, volatile (bajet guna bahasa sains :P) dan juga mudah irritated, ringan mulut nak marah dan juga maki anak orang. :(

Maka harapnya roommate nanti sangat baik. Macam kak Amni dan Ve :D

Point sebenaq nak habaq, saya ni dapat desasiswa Fajar Harapan. Siapa dapat sama, sila angkat tangan !  Ngee.

P/s : in 4 days time.

Tuesday, 18 August 2015

Kisah Bank Dan Seorang Gadis Cantik. Ehem.

Assalamualaikum everyone. And hi :)

..............................
Ada satu kisah, seorang gadis ke bank bersama ayahnya untuk bayar yuran pengajian. Gadis ni macam dumbstruck jugaklah sebab tak bawak satu apa surat tawaran mahupun invoice yuran. Kiranya takdak references la. Ayah pula kaki bising suara kalah ning baizura betapa tinggi oktafnya. Huh. Dan fortunately, ada gegadis berbangsa chinese datang membantu.

Gegadis berbangsa chinese pun berkata, "this no rujukan you need to refer dekat invois. Itu ha semua orang talak sama. Lain. You ada bawa ka?" Gadis menjawab, "aloh I didn't bring anything. Oh wait. Rasa cam ada screenshot haritu." Terus bukak phone. Selak galeri. Alhamdulillah, ada. Dan gegadis berbangsa chinese tunjuk ajarku sifu kepada gadis itu.

Dan semasa ayah gadis mengisi borang, ada seorang makcik dan anak perempuannya. Let's just name this makcik as K. She's the center of attention in this story. Anak K pun isilah borang. Gadis curi curi tengok. Oh..bakal mahasiswi UPSI rupanya. Bila ayah gadis dah selesai isi, mereka ambil nombor giliran.

K datang mendekat. Dan bertanya dengan oktaf suara lebih maha tingginya daripada ning baizura, "hah? Hang tak bukak SSPN lagi ka?" tatkala si gadis sedang berbual dengan gegadis berbangsa chinese itu. "eh belum makcik. Nanti baru nak bukak."

K : anak makcik bukak dari darjah 6 lagi.
Gadis : oh yaka...takpa la
K : anak makcik ambik ekonomi. Yuran mahai sampai 3ribu. Huihh payah kos dia ni.
Gadis : oh..anak makcik uni mana?
K : UPSI. Makcik tengok hat lain semua murah murah. Hat dia ni sampai 3ribu. Hang ambik apa?
Gadis : err saya sastera tulen. USM.
K : anak makcik ekonomi senang nak keja la. Dia kata nak keja bank. Sastera ni payah cari makan kot?
Gadis : eh? *dumbstruck. again*
K : makcik tengok hat kos sastera ni yuran semua murah murah ja. 1000 lebih 2000 camtu ja.
Gadis : oh aah..saya punya pun setahun RM1020 ja
K : anak makcik ambik ekonomi 4tahun dekat 40ribu
Gadis : oh yaka..saya Alhamdulillah dapat offer biasiswa. Inshaa Allah.
K : anak makcik dapat jugak biasiswa masa dok matrik dulu. Sebulan rm250.
Gadis : erk...itu elaun *dalam hati*. okay la makcik. Saya balik dulu noh. Dah selesai bayar.

.......................

Let me clear things up. Gadis itu ialah saya. Makcik K tu seorang makcik yang saya tak kenal pun.

dan ironi pertama, I didn't asked her at the first place anak dia ambik kos apa. Dan anak dia isi borang yuran tu clearly 8ratus something. How come makcik ni cakap 3ribu? Go and talk to your daughter, makcik.
Ironi kedua, rezeki kerja tu bukan kos mahupun segulung ijazah yang bagi. Itu dari Ilahi. Mohon ambil tahu.
Ironi ketiga, well, I was the "product" from matriculation programme too. So just for the record, rm250 per month is an allowance. Bukan scholarship.

Wow makcik. You have been living in a cave or you are still unaware of the educational system in malaysia? Like seriously, makcik. Ya Allahhhh.


p/s : never look down on people unless you are helping them up.
pp/s : I took up pure science back then in high school and matriculation. Where is the fire kalau I switch masuk pure arts untuk first degree? =..= ayyo

Monday, 17 August 2015

Father's daughter.

Assalamualaikum.

Andddd hi. :)

Okay, murid murid. Topik kita hari ni, ayah. Abah. Daddy. Papa. Baba. Abi. And any names you used to address your father. The man who is responsible to brought you to the world. Well, takdak dia, takdak la hang.

My father, he always treats me like a son. Well, zaman childhood saya agak extreme di mana saya sentiasa sangka saya ni a boy. And ayah treats me like one. Alhamdulillah dah besor ni masih lagi perempuan sejati yang cantik bijak lagi bersopan. Ihiks.

Disebabkan itu, saya nilah yang jadi peneman beliau waktu beliau cuba nak jadikan memancing sebagai hobi. Yang jadi kawan melepak kat kedai kopi pagi pagi. Yang jadi partner in crime panjat pokok tebang pokok. Haha talking about childhood. And how I miss it :)

And that makes me close to him more than my older sisters. They are way too girlish, tell ya. :P And sebab tu jugak, wa paling tak boleh kalau kena marah kena tinggi suara dengan makhluk bernama lelaki. Because ayah and abang never did so to me. Tak boleh sungguh. Senang leleh. Wuwuwu.

Tapi tipu kalau cakap tak penah gaduh merajuk dengan ayah. Selalu. Eh kan dah cakap mudah leleh. Kalau gaduh merajuk tu...ha mahu terbalik rumah. Heh. Ayah pulak jenis kaki bebel kaki kritik. In a good way I mean. Tapi yalah kan, iols ni perempuan. Tahap sentap tu ikut sukati berpandukan period calendar. Kahkah. Bila datang angin mengamuk tu, eh ayah buat lawak apa pun takdaknya nak senyum. Ketawa apatah lagi.

But then, a fact hit my thick head. Someday, I'll be losing him. The man that once taught me how to read at such a young age, will someday be gone. And just the thought of it makes me shiver. And of course, cry.

The point is, no matter how annoying he is, how irritable he can be, how he controls your life, remember one thing. When he's no longer around, you sure as hell will miss him. So, hargai la. Walaupun ayah ni kadang nampak macam dia tak kisah tak ambik port, tapi deep down mesti la dia care.

:)

p/s : terima kasih, ayah. I love you. Selamat hari bapa. Well, every day can be father's day. :D