Assalamualaikum.
Tahu apa tu Belanda minta tanah?
Tak? Ish ish.
Sini iolss nak cerita.
Ingat tak...zaman belajar Sejarah waktu sekolah menengah waktu muda muda dulu tuuu ecewahh. Hahah.
Kan ke ada satu cerita ni. Yang alfonso de albuequerqe ke sapa entah yang pegi jumpa sultan melaka, dan dia tawarkan emas menggunung yang diletakkan di atas hamparan kulit lembu. Kot.
Pehtuu, sebagai balasan pakcik alfonso (atau siapapun beliau pada zaman itu) ni mintak la tanah seluas kulit lembu yang ukurannya lebar sikit dari kangkangan kera.
Sultan pun....why not? Sikit je kan tanah yang belanda ni mintak? Kita bagi jelahhhh!
Pakcik belanda tu pun pulang ke komuniti belanda dia dengan perasaan bangga riak takbur dan seangkatan dengannya sebab dah berjaya memperdaya orang Melayu.
Apa tidaknya, kulit lembu yang luas sikit dari kangkangan kera tu, diorang potongkan halus halus ala buat origami tu and then poof!
Terhasil la kubu pertahanan belanda di atas tanah di pinggiran pantai yang pada awalnya milik Melayu.
I cerita panjang panjang ni sebenarnya just nak pesan je.
Mohon jangan buat perangai macam belanda minta tanah.
Bagi betis nak paha.
Bagi muka, pijak kepala.
Bukannya apa, uols kalau dah tau status barang tu dipinjam, maka uols kena la tahu jaga barang tu macam mana tuan beliau jaga.
And kalau dah tahu tu barang orang,
jangan la buat sampai tuan dia sendiri rasa macam menumpang.
Ada paham?
Bai. Semoga sihat selalu, ya?
Hewhew.
Adios amigossss.
p/s: ni namanya menguji kesabaran tahap tak menahan.
No comments:
Post a Comment