Assalamualaikum. Wahai imaginary readers I.
And so I present all of you, a little story.
Dua kawan lama bertemu kembali. Dua gadis.
Dah hampir 5 tahun berpisah sejak sekolah menengah. Habis universiti baru jumpa semula. Masing-masing dah berubah. Makin lawa dari dulu. Makin matang rupa masing-masing.
Gadis pertama memakai kasut Converse. sejak sekolah lagi memang favourite dia. Gadis kedua bershawl halfmoon. Mereka makan di kafe sambil bersembang mesra.
Di luar cermin kafe, ada pasangan couple budak sekolah menengah sedang duduk duduk sambil pegang tangan di bangku. Gadis shawl tak senang dengan pemandangan di depannya itu.
"rosak betul budak-budak zaman sekarang ni. Mak ayah suruh pergi sekolah belajar jadi baik. Tapi, mereka buat macam ni pula di belakang parents. Sedih."
Gadis converse cuma tersenyum. Menyuap makanan ke mulutnya. Gadis shawl terus menyambung katanya,
"ingat tak kawan kita yang nama Ayu? Dulu pun dia macam depa ni lah. Couple sana sini. Keluar sana sini dengan lelaki. Entahlah apa jadi dengan dia sekarang. Orang-orang macam ni, tak cium bau Syurgalah. Takkan tak tahu couple itu haram? Mesti dia dapat suami yang jenis sama macam dia gak, kan?
Orang soleh akan dapat yang solehah dan sebaliknya."
Gadis Converse berhenti makan.
"Kau tahu tak, dunia ni berubah. Pantai berubah dihempas ombak tiap hari. Aku berubah. Kau berubah. Semua orang berubah.
Hati berubah. Iman berubah.
Aku minta maaf kalau aku salah berkata-kata. Cuma, kau masih tidak berubah. Dalam lima tahun ni, sepatutnya pemikiran kita tak lagi sama seperti waktu sekolah dulu.
Masa sekolah dulu, bila kita nak judge orang, kita judge. Bila kita nak kutuk orang, kita kutuk. Kita tak fikir panjang dah. Kita masih budak-budak bodoh.
Tapi sekarang, kita bukan lagi di bangku sekolah. Tu zaman jahiliah kita. Di universiti, kita belajar banyak benda. Bukan saja dalam kampus, tapi dalam universiti kehidupan yang serba mencabar ini. Macam-macam dah beraku menguji kesabaran kita.
Sepatutnya, semakin banyak ujian dan dugaan hidup; sudah banyak kali kita tempuhi dengan penuh kesabaran, iman kita juga sudah mula tabah. Mulai kuat.
Semakin sabar, semakin teguh. Semakin memahami situasi."
Gadis shawl nampak tidak puas hati. "I don't get it."
Gadis Converse senyum manis.
"Maksud aku, sebelum kita berkata-kata atau berbuat sesuatu, kita berfikir 360 darjah kata-kata kita itu betul atau tidak. Di universiti, kita diajar critical thinking, tetapi kenapa kita tidak berfikir secara mendalam apply dalam kehidupan seharian kita? Kenapa cuma untuk jawab dalam peperiksaan?
Kita dah makin matang kan?"
gadis shawl diam, masam.
"Aku ada jumpa Ayu baru-baru ini. Kau takkan percaya apa yang aku nampak. Dia bukan lagi seperti dulu. Dia sangat solehah. Pakaiannya, perwatakannya. Berubah. Suaminya bukan ustaz, tapi seorang doktor. Tapi, Masya-Allah, warak suaminya. Tak pandang pun aku, cuma pandang isterinya. Begitu hebat menjaga pandangannya.
Seperti adik-adik di luar ni. Hari ini, mereka buat maksiat, buat salah. Kita tak mampu nak tegur, kita hanya mampu doakan mereka. Moga-moga dari doa yang kita panjatkan,hidup mereka suatu hari nanti berubah.
Doa tidak dimakbul sekelip mata. Allah lebih tahu saatnya.
Mungkin hari nini mereka bahagia, tetapi kelak diuji hingga berpisah. Dari perpisahan itulah, mereka kembali cari Allah. Kembali ke pangkal jalan. Siapa tahu? Hikmah Allah tidak tercapai akal kita."
And so...that's the little story to be shared.
Kisah dicedok dari bro Rusydie.
Sebenarnya that was not really the ending. Ada lagi sikit. But then, terrrr delete conversation dalam group whatsapp tu. Hehe.
Maap la yeeee.
Sedikit perkongsian ni bukan apa, cuma harap harapnya dapat menyentuh sedikit hati anda.
Biarpun hanya di hujung hati sahaja.
Jom sama sama berubah.
Eh. Jom sama sama masuk syurga!
:)